Wednesday, 30 November 2011

cooking SaKan @ 2 tarmidzie^__^

bilik memasak khb(ERT)..

HARI TUE SEMUE KELAS 2.3 KENE MEMASAK


NIE MENUNYE ,KITORG KNE BUAT MENU DULU KALAU TAK, TAK BOLEH MASAK.
DAH SIAP MENU APE LAGI, COOKING2....
#HAHA~~ TAK KESAHLAH CAM NE PON


 time snap pic nie dah lah time tue tgh belajar terflash plak aduhai
nak buat cam ne nie lah last nk snap pic cg ..taon dpn cg da pindah
guru kelas 2.3 nie mmg yg paling terbaeekk n sempoi..
serius af cakap cg nie mmg  baek sampai student kdg2 cam tak hormat kat die
x pe2 nanti kat akhirat cg dpt balasan yg baek, INSYAALLAH...
TIME NIE ANN,cg zul datang.saje nak tengok  student die memasak..
SEKALI ANN! ADUHAI AF time tue lah terlanggar meja tue .habis berterabur 'KNOW PASTI SEDAP'
malu sangat2  +-+....huhu~~kenapalah time cg dtg plak die jatuh.alhamdulillah cg huzaimah tak de time tue klu tak''''alamatnya b'desing telinga kene tadah omelan cikguku syg tue<3..cg huzaimah mmg sentiasa bercakap..tak pernah berhenti.,tp af tetap sayang sangat kat cg tue..**

TARAAA!!dah siap dah masakan kitorang...group first siap kot...
lalala.......colourfull kitorang hias meja tue..



 masa makan 10 minit semua kene senyap cg nak ambil markah etikan makan n hiasn makanan n rasenye...time tue kan mmg senyap r...bunyi cengkerik je dgr...habis  10 minit, riuh habis,bising ys amat..
lega...habis jugak kelas memasakdengan aman.cg mmg sporting habis arr..student bawak camera cg tak kisah pon..TABIK CG HUZAIMAH N CG  ZUBAIDAH!
snap cket dalam kelas lepas masak >_<




nie semue ahli group memasak ngan af.......
 Mardiana Zaini 
Myra Lemolla
 Nor Syazwani
Ifa Pizz 
Hafizah Suria



I am no more than a giirl with big dreams striving for a place in Jannah.

Ya Allah, I am so weak, so weak. When a calamity strikes me, I become depressed. I become angry. I become impatient. But you, Ya Allah, never left my side. You are always there, waiting for me to turn to you, to seek help from you, and waiting to help me. Forgive me Ya Allah. Forgive me, your hard-hearted, weak slave.
(Source: hadithandislam)
307 | reblog
 
نورحفيظة بنت سوريا

I HAVE A CV !
.
.
.
.
... .
.
.


My Name: Muslim

My Identity: Islam

My Purpose: Peace

My Aim: Jannatul Firdaus

My Favorite and Ideal Personality: Prophet Muhammad ﷺ

My Favorite Book: The Noble Qur’an

Principle of living a life: Qur’an and Sunnah

My trust : ALLAH, LORD of The World

Thursday, 24 November 2011

COUPLE....



KALAU BETUL COUPLE ITU HALAL


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)




-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
(Muslim dan Abu Daud)



Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis




Allah Taala berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”
(An-Nur : 26)


Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)


Firman Allah Taala:
“Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”
(Al-A’araf : 19)

kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang 
tersimpan 
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain 
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia. 
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang 
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh 
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
Wallahu'alam
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin



"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."

Peringatan kpd semua lelaki
 "Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

 Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
 wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..

Jom MENGISLAHKAN diri : )

The Beauty of Islam
KERANA CINTA ALLAH DIPERSIA


Jika cinta adalah kerinduan,
maka jadikanlah rindu ini dalam dzikir pada-Mu.
Jika cinta adalah perjuangan,
maka kobarkanlah semangat di dada kami.
Jika cinta adalah pengorbanan,
maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu.
Jika cinta adalah air mata,
maka jadikan ia air mata taubat pada-Mu Ya Allah..

SMS, Chatting & Call siang malam akhirnya mengheret si dara & si teruna yang saling merindui & bercinta untuk berdating.
Awalnya sekali. Kemudian, berkali-kali.

"Ayang, abang sanggup lakukan apa sahaja untuk ayang," janji si teruna.
"Ayang juga sanggup serahkan jiwa & raga demi abang," balas si dara dengan wajah berbunga-bunga.

"Jika benar kata ayang, apa buktinya??"
Sudah!


Kuat sekali magnet teruna & dara.
Tidak hairanlah Allah SWT melarang menghampiri zina sama ada dengan hati,
lisan ataupun perbuatan, apatah lagi berzina.
Sama ada dengan sengaja atau tidak, bercinta sebelum berkahwin amat terdedah kepada
"nyamuk-nyamuk ikhtilat"
(pergaulan bebas yang menghampiri zina)

Pernahkah kata & janji seindah teruna & dara kita lafazkan kepada Pencipta cinta?
Bukankah Dia yang terlalu mencintai kita lebih berhak mendapat cinta kita?
Dimanakah Allah dihati kita?

Ada kalanya cinta menjadi seperti singa & pedang
berkuasa, mulia & gah di tangan pejuang.
Cinta ini menjadikan yang hina menjadi mulia,
yang miskin menjadi kaya jiwa,
yang kaya menjadi dermawan & yang melarat menjadi terhormat.
Inilah cinta yang Allah SWT redhai iaitu cinta kepada Allah, Rasulullah saw, ilmu, keluarga, perjuangan & seumpamanya.

Ada kalanya cinta menjadi bencana besar
Mengundang 1001 akibat, sengsara, derita & penyesalan.
Cinta inilah yang menjatuhkan seorang pemimpin hebat seperti Bill Clinton kerana seorang wanita bernama Monica Lewinsky. Begitu juga cinta ini merosakkan populariti si Raja Golf Dunia, Tiger Woods kerana skandal seksnya dengan ramai wanita.

Ada kalanya cinta menjadi seperti arak yang memabukkan
Khayal & tenggelam.
Hilang arah & pedoman.
Inilah cinta sebelum pernikahan.
Cinta ini banyak ditagih oleh anak-anak muda pada zaman ini. Keasyikan mereka membuatkan akal yang mabuk tidak mampu menikmati lazat & manisnya nasihat & teguran.

cinta fitrah
Prof. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya al-Islam wa al-Hub menulis :
"Cinta itu ialah kecenderungan kepada sesuatu."
Wujudkah manusia sihat yang tidak cenderung kepada sesuatu?

Rasa minat, kagum, rindu, teringat, suka, cinta & sayang kepada seseorang ialah fitrah setiap insan.
Perasaan indah ini singgah mengusap di setiap hari. Tiada siapa terkecuali. Semua orang akan merasainya. Itu petanda seseorang itu normal & sihat. Fitrah ini akan tetap fitrah apabila ia berhias istighfar & mujahadah. Bersyukurlah kerana rasa mencintai itu adalah nikmat yang berharga dari Allah buat hamba-Nya yang dikasihi berbanding makhluk-makhluk Nya yang lain =)

Soal cinta amat akrab dengan soal hati.Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta & sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin selalu berbalas SMS, call & kerap berjumpa.

Setiap dosa besar bermula dengan dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah saw & generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah pendosa.

Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a berkata,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku meminta ampun & bertaubat kepada Allah SWT 100 kali setiap hari."
(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata,
Aku mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar & bertaubat kepada Allah SWT dalam satu hari lebih daripada 70 kali."
(Riwayat Al-Bukhari)


cinta fitnah
Hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarahkan anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut, & telinga untuk bertindak bertentangan dengan panduan syariat. Apabila lisan & perbuatan mula melaksanakan arahan hati itu, ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Fitrah boleh menodai serakah. Walaupun hati akur bahawa fitrah cinta ialah anugerah Allah SWT, ironinya, hati juga ingkar bahawa fitrah cinta itu ada peraturannya daripada Alah SWT. Apa-apa yang Allah SWT haramkan, dilakukan. Apa-apa yang Allah SWT perintahkan, ditinggalkan. Demi cinta, segala-galanya menjadi "halal" belaka. Kerana si dia, Allah SWT dipersia-siakan. Na'uzzubillah

Urusan antara lelaki & perempuan pada asalnya dibolehkan. Namun, ramai orang yang beralasankan "urusan" untuk menghalalkan ikhtilat (perhubungan) yang terlarang. Call, SMS, dating, chatting tanpa urusan kian membarah sebagai budaya.

"Dah makan ke?"
"Tengah buat apa tu?"
"Esok nak pakai baju warna apa?"
"Dah tidur ke?"

Adakah ini dikatakan urusan?
Perlukah berurusan dengan soalan-soalan ini?
Bukankah ini boleh mengheret seseorang kepada langkah seterusnya?
Adakah ini boleh membawa seseorang makin ingat Allah ataupun sebaliknya makin lalai kepada Allah?
Wallahu a'lam.
Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa. Bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing.


cinta barakah
Cinta fitrah yang dipelihara kesuciannya akan berbuah barakah. Barakah itu mungkin di dunia, mungkin juga di akhirat. Lebih indah jika barakah itu pada kedua-duanya sekali, di dunia & di akhirat.

Orang yang mempersiapkan diri dengan peribadi Muslim insyaAllah akan dianugerahkan bait al-Muslim (rumah tangga Muslim). Orang yang berusaha menjadi soleh, InsyaAllah akan dimudahkan Allah mendapat orang yang solehah.

Cinta yang barakah akan terus bersemarak indah dalam ikatan nikah. Ia melengkapkan separuh agama. Namun andai tiada jodoh di dunia, cinta fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk lazatnya redha pada ketentuan-Nya.

Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cinta-Nya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan atau tidak, ia tidak dapat mengahalang seseorang untuk mendapatkan cinta Allah. Dialah sebenar-benarnya hakikat cinta ! =)

The world is a prison for a believer and paradise for a non-believer
(Muslim)

.The Beauty of Islam.


AIR MATA ITU...

AF MEMANG MUDAH MENANGIS...
WALAUPUN BENDA TUE KECIL.
AF MEMANG LEMAH...SENANG JEW DITINDAS....
KADANG2 ORG MENGATA AF SEBAB AF SUKA MENANGIS...
DIORANG TAK FAHAM....AIR MATA  AF MEMANG MUDAH MENGALIR..
TAK DAPAT DISEKA...



ANDAI AIR MATA ITU..

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin
"The more a Muslim thinks of death,
the better he acts in life"
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti & sangat beratlah timbangan kejahatannya & telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam api neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda,
sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka & sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu & menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Malaikat Jibril A.S mengumumkan,
telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah,
diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan,
semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Al-Jasiyah: 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka,
mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya & diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung,
umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini & siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu,
sebelum tidak ditemunya air mata.

I want to die with my forehead on the ground
The sunnah in my heart
Allah on my mind
Quran on my tongue & tears in my eyes
Aamiin Ya Rabb


Jom sama-sama mengislahkan diri =)
.The Beauty of Islam.

Wednesday, 23 November 2011

PERLAWANAN KELAYAKAN OLIMPIK 2012------>MALAYSIA LAWAN SYRIA

TEAM MALAYSIA -GEMURUH SUARA..



Skuad Olimpik negara tumpas 0-2 kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Sebelum ini, pada perlawanan pertama pusingan ketiga, Malaysia tumpas 0-2 kepada Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka.Perlawanan malam ini disaksikan kira-kira 20,000 penyokong dan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.Skuad bawah 23 tahun bimbingan Ong Kim Swee bermula garang apabila Ahmad Fakri Saarani melakukan cubaan seawal minit kedua namun melepasi gawang gol.

Gandingan Ahmad Fakri dan Wan Zack Haikal Wan Noor mengkucar-kacirkan benteng pertahanan skuad Helang Merah (Syria).Pada hujung babak pertama, Wan Zack Haikal hampir memberi gol pendahuluan kepada skuad Olimpik negara menerusi tandukan hasil sepakan percuma oleh Mohamad Fandi Othman, namun cubaannya tersasar.

Selepas rehat, Skuad Helang Merah memecah kebuntuan pada minit ke-50 menerusi pemain tengah, Solaiman Solaiman menumpaskan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Harimau Muda kembali menyusun jentera serang bagi mencari gol penyamaan.

Khairul Fahmi menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya yang dilakukan jentera serangan Syria.Syria memperkukuhkan lagi kedudukan menerusi jaringan kedua yang disempurnakan Nassouh Nakkdahli pada minit ke-88.Ahad ini, Skuad Harimau Muda akan bertemu Bahrain yang sebelum ini kalah kepada Jepun 0-2 di Stadium Al-Riffa, Bahrain Selasa depan.

cam ne malaysia leh jatuh mlm tadie,,,,huhu~~;(
serius cdeyh sgt2....smpai nanges kut mlm tadie...
x pe2 jatuh skali bukan b'mkne slamenye..klu kte jatuh kte kene bgkit smule!
go through, Team Malaysia!!