tensi0n?Tekan SINI !

 LAWAK HABIS!



MAYAT

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

POSMEN

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

PERHATIAN

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor”, kata pensyarah itu.
“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”,
katanya…sebagai contoh,pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajarselesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….
“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.
SEKARANG…. .TUMPUKAN PERHATIAN… .PAHAM!!! !!

RASA NAK MUNTAH
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya. “Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

PANAS

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

BACA

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor,  selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

No comments:

Post a Comment